Tentang baling bunga..

Assalamualaikum!!

Campak belakang kejap.

Nak cerita pasal hari konvokesyen tempoh hari.

Cerita nya begini. 

Alhamdulillah selamat menyiapkan final year project walaupun byk dugaan dn rintangan
Atas sokongan semua
Terima kasih ya !!!

Okayy berbalik pada cerita konvokesyen.
Ini konvo saya yg ke 2 la selepas diploma pd tahun 2009.

Lama dh tuhh.. Lebih kurg 6 tahun yg lepas.

Now, 2014 adalah hari konvokesyen yg terakhir mungkin?? Hehe

Seronok bile hari konvo, bukan ape 
Masa konvo lahh org bg bunga lahh.. Ucapan lahh.. Yg paling best berselfie !! Hehe

Berselfie dgn family , suami dn kawan-kawan lahh

Konvokesyen jgk lah hari yg amat bermakna sebb terbukti sudah tamat belajar dn berhak mendapat ijazah sarjana muda pendidikan.. 4 tahun okayy belajo..
Syukurr tamat jugakk bersama rakan-rakan seperjuangan.

4 tahun tuh bersamaan 8 semester.
Iaitu bermula lah  umur sy 22 tahun sampai lahh 26 tahun..

2010-2011 - Single
Jun 2012 - Bertunang..
Nov 2013 - Berkahwin 
2014 - Mengandung.. 
Dec 2014 - dapat baby

Amboii sungguh panjang perjalanan.

Macam-macam peristiwa yg berlaku seperti di atas hehe.

Alhamdulillah sekali lagi dengan aturan yg Allah swt berikan.

Semoga diberi kesihatan dn dipenuhi dgn kasih syg yg tk terhingga dr family, suami dn anak tercinta.




Best regards,
Salsabri







My Baby

Assalamualaikumm !!! 
Sila jawab yee hihi

Nak cerita pasal my baby


1. Okay, semestinye klu nama anak mmg mak mak yg suke cari kan hehe. Nama anak sy pilih berdasarkan byk platform cewahhh hihi 
Antaranya buku dn internet.

Nur - cahaya
Keisha - kehidupan yang baik (bahagia)
Irdina - kehormatan

Sebenarnya banyak pilihan nama yg sy suka.. Siap osom ngn suami hihi.

Nur  Thaqifah
Iman Thaqif
Mohamad Taqiyuddin
Nur Iman Qaisara
Dn macam-macam laa..

Last-last pilih Nur Keisha Irdina. 


2. Baby Keisha dilahirkan secara normal. 
Masa lahirkan baby Keisha ni, sy demam pulakk then terus dia kena jangkit.
Lepas bersalin terus masuk wad anak kanak2.
Dijangkiti kuman dan kurang gula dlm badan
Ak rasa ak lebih gula dlm badan. 
Alhamdulillah baby Keisha okay setelah 5 hari duk dalam ward baby.

Now baby Keisha membesar secara sihat hehe.
Sebulan sudah anak ummi. 
Ummi dn abi sayang awak !!

Nanti sy up pic baby Keisha yee hihi

Best regards,
Salsabri



Sijil

Assalamualaikum malaysia !!!

Konvokesyen dh habis.
Belajar pn dh tamat.

Tapi semalam 4/2/15 dapat surat dari UPSI hehe

Jeng jeng jeng


Bukan surat sambung belajr yee.
Sijil dekan !! Semester 8 

Alhamdulillah ingtkan xdpt sijil dh hihi

Bukan berlagak yee kawan-kawan, cuma bangga sebab masa jawab dlm exam tempoh hari saya dlm keadaan sakit dn mengandung pulak tuhh

Berkat doa mak abah suami dn adik beradik.
Syukurr 

Sem akhir yg mencabar diri dn minda.

Semoga Allah swt memberkati segala usaha ak selama ini.

Semua usaha kita buat hanya Allah swt penentu segala-galanya. Aminn

Sampai-sampai saja sijil ni mmg jadi kelepet kelepot haha (abaikan bhs kampung)
Takpe nnti ak touch up balik sijil hehe



*nekad nak sambung master, tunggu posting dlu lah . InshaAllah one day~



Best regard,
Salsabri

Hospital

Assalamualaikum Malaysia !!

Alhamdulillah pada 30/12/2014, saya telah selamat melahirkan seorang puteri di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh!!


Berat : 2.85 kgs
Nama : Nur Keisha Irdina Binti Mohd Taha

Walaupun pelbagai dugaan dan rintangan ketika mengandungkan baby Keisha selama 9 bulan. Allah swt memberi peluang dan nikmat yg tidak terhingga untuk menjaga dn mdidik hamba Allah ini. 

Semoga baby keisha menjadi anak yang solehah, 
Menghormati orang tua, mempunyai didikan agama yg tinggi. InshaaAllah :-)


Okay berbalik kepada cerita bersalin di Hosp. Ipoh.
Untuk pengetahuan semua, hosp kerajaan taklah teruk bila dgr dari halwa-halwa org bercerita. 
Dewan bersalin la ni sgt selesa, aircond, suite bilik seorang, doc dan nurse semua baik-baik belaka. Peralatan semua ado, canggih manggih.

Mungkin itu rejeki kott hihihi.
Rezeki anak.
So sape-sape nak bersalin di hosp kerajaan silakan. Jangan risau, layanan akan diberi dgn baik sekali. Ni dari pengalaman bersalin saya lah, itu berani rekemen ni hehe.

Meh kite usha hosp ipoh dari dekat. Thanks pakcik google!!







Ibu !

Assalamualaikum wbt !

Di sini saya ingin mengisytiharkan rabu cuti ! 
Sempena cuti deepavali !!
hehe

Kita kan 1 Malaysia. 
Sambutan perayaan disambut bersama

cewahhh

berbalik pada cite asal.
Sebenarnya nak cerita pengalaman mengandung ni
Alhamdulillah sekarang nak masuk 30 minggu dah bersamaan 7 bulan 2 minggu.

Pengalaman sebagai seorang ibu mengandung :

1. Merasa setiap gerak geri anak dalam kandungan
2. Pergi klinik + hospital untuk checkup berjam-jam dgn penuh sabar
3. Melihat perkembangan anak di dalam perut (scan)
4. Muntah+loya
5. Selera makan bertambah
6. Sakit DVT (darah beku)
7. Sakit pinggang yang teramat
8. Tidur tidak lena
9. Rasa lebih disayangi dan dijagai hehe
10. Berbual dengan anak dlm kandungan
11. Membeli barang-barang anak dengan gelojohnya. 
12. makan makanan yg dulu xsuke sekrg sangat suke !


Kalau nk disenaraikan mcm2 kan pengalaman ibu mengandung ni. Best. 
Tak rugi kalau kita kahwin awal. InshaAllah dapat rezeki awal, 

List yg ke 6, 
satu pengalaman yg tidak boleh dilupakan dalam hidup. Hampir berputus asa. Tapi kekuatan dr keluarga, keluarga mertua dan suami . 
Alhamdulillah kuat jugak untuk diri dan anak dalam kandungan.
Semoga aku tabah mengharungi saat kelahiran anak aku nnti.

Moga anak aku kuat, sekuat ummi nya untuk berjuang melahirkan zuriat untuk suami aku.

Permudahkan la Ya Allah ~


Best regards,
salsabri







AidilAdha

Alhamdulillah

Assalamualaikum !!

Raya tahun ni berdua.
 InshaAllah akan dtg mungkin bertiga


Semoga semuanya selamat, 

Raya tahun ni di rumah saya !!

hehe best bile berkumpul dengan adik-beradik

Semoga ikatan kekeluargaan kami terjalin hingga akhir hayat.


Raya tahun ni simple je kami suami isteri. 
Suami pakai baju melayu raya lepas.

Si isteri yang over beli yg baru.

Saya beli online saje.


Pelbagai baju yang menarik dan sesuai untuk ibu mengandung seperti saya ni hehe

CURVE Luna Tiered Chiffon Maxi Dress - Red

sangat selesa 
 harga pun berpatutan dan mampu milik !

Akan datang boleh purchase lagi hehe. 

Selamat Hari Raya AidilAdha !!!

thanks pakcik google ! hehe

Best regards,
Salbiah Sabri



Assalamualaikum !

Alhamdulillah

Selesai sudah konvokesyen ke 16 di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim



Selama 4 tahun bekerja keras, tekad menghabiskan "bachelor" susah, senang, sakit, sihat 
dari single, tunang, kahwin, bawak perut naik pentas heheh


satu kenangan yg indah !

Semoga kehidupan yg akan dtg lebih meriah dan indah bersama anak yg bakal dilahirkan akan dtg,


Terima kasih mak abah yg bagi sokongan, kewangan dari dulu sampai la dah kahwin. Doa mereka tak putus-putus untuk saya. Alhamdulillah~

kepada suami tercinta, terima kasih jugak sebab jaga saya ketika sihat, sakit, gembira, susah..


Terima kasih semua !


Best regards,
sal sabri

Aidilfitri 2014



Ehemmm Syawal  is  comingg !!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah syawal menjelma lagi

Status saya sudah bertukar. 

Raya pertama di rumah keluarga mertua di Raub, Pahang

Keluarga Mertua,
Duduk dari kanan dik siti, ayah, mak, abg ipar alang
Berdiri dari kanan saya, suami, adik mohamad, abg ipar ude, kakak ipar mardziah

Best.. seperti raya bersama keluarga tercinta 

First beraya sebagai suami isteri. Seronok!
InshaAllah panjang umur tahun depan bertiga

Raya kedua dah balik rumah mak di Ipoh. 
lagi syiokk hehe


Picture ngn mak abah !!

Dari kanan saya, abah, mak, suami
Love all !


Best Regards,
SalbiahSabri






Gerak Geli

Assalamualaikum !! hehe

Tajuk pun mcm lain mcm jee 
hee
al kisah tentang 'cahaya' ku.

Segala gerak geri semua dapat rasa
Alhamdulillah

makin membesar 'cahaya' saya
22 minggu

Next month cucuk ATT pulakk. Dengar cite sakit , aduhaii

InshaAllah bertahan apa jua utk 'cahaya' ku ;-)



Doakan ummi dan 'cahaya' ku sihat dan selamat semua nyee

Amin 




best regards,
SalbihSabri

My Nyawa

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah swt..

After 4 bulan kahwin kami akan dapat cahaya.

Cahaya itu yang sgt berharga.
Thanks to Allah

Sebb makbulkan doa-doa kami..

InshaAllah bln 12 kami terima cahaya itu :)

*big smile



Sesungguhnya ummi tak sabar tunggu awk syg..

Perut ummi pn dh membesar.. Hehe moga awk sihat dan membesar dengan jayanya 


Regards,
Salbiahsabri 
Assalamualaikum wbt

23 Mac 2014
Mak Abah pergi menunaikan umrah.
Alhamdulillah mak abah selamat tiba di Madinah
dan pada hari ke 6 baru ke Mekah
Moga mak abah diberi kesihatan yang baik
dan dapat menjalani ibadah umrah tanpa halangan.

Semoga mak abah baik-baik di sana

Rindu sangat ~!



Love u,


Best regards,
SalbiahSabri


Assalamualaikum !!! kawan-kawan :)

InshaaAllah akan datang Sal's Preloved akan beroperasi lagi.

sesiapa atau mane-mane orang yg berminat boleh pergi ke link ni

https://www.facebook.com/salpreloved





Koleksi baju-baju terpakai.
Tapi semua cantik-cantik

Ada yang tak penah pakai pn ade.

Soon !! akan diumumkan kemudian

Sal'Preloved .
Koleksi baju-baju~

Best regards,
salbiahsabri

Baju Kahwin ~

Assalamualaikum wbt kawan-kawan!
Haaa mak nak cerita ni hehe
Baju kawin & Pelamin

Nak share,

Sila tengok di  bawah ~

Baju kahwin saya, cantik x? Cantik sila bangun hehe
Baju RR Studio punyee - (harga mmber) hihih
Tudung - sendiri beli RM35.00 jee
bunga + pelamin + makeup -  idaiskandar (klik) (harga mmber jugak)


Okay bukan nk tayang kita ada baju cantik, bukan yee
 harap maklum
hehe
nak promote si owner baju ni la
ni first baju aku pakai untuk kahwin, sungguh bertuah !
Terima kasih susah payah carikan baju dan color ni untuk saya dengan suami ye ,
Payah oo nk cari warne ni.
Tapi saya suka ! bukan pink bukan purple.
Tapi " jambu belacan" (sendiri bg nama) haha

Si owner

RR Studio
Klebang Restu
Chemor, Perak
no tel : 012- 523 7986 (Abg Rizal)

Boleh call atau whatsapp beliau
mesti sebut nama aku ye SAL,
nnti dia bg harga terbaik utk korg..


Baju + pelamin + make up semua saya dapat harga kawan-kawan, sebb kakak-kakak aku kawin semua guna khidmat mereka. Pendek kata, mereka sangat bagus berkhidmat dan mmber perkhidmatan yg terbaik ! Almaklum lah aku ni cerewet jugak sikit hehe (sikit jee)
Alhamdulillah, ni lah hasilnye (makeup)



Abaikan mata aku yg tlampau over bulat sehingga ditegur oleh fotografer aku hehe
See make up je. simple, nice, cun, hehe
Inai - Amik kedai india dekat umah. Dia dtg umah utk inai tangan aku dua2 belah. RM30 jee,



Soo.. pendek kata kahwin mmg banyak guna $$$$$, berpinar taw hehe
Tapi inshaaAllah rezeki nak kahwin ada, pasang niat baik2, ada lah rezeki anda nnti,

Itu saje,
Sape2 nak kawin leh call call no yg tertera ye.

Best regards,
Salbiah Sabri :)

Saya isteri dia :)

fuh fuh fuh
habuk !!

hehe 
Assalamualaikum wbt kawan-kawan !

Lamanye tak update blog,

Sibuk dengan latihan mengajar, majlis kahwin, latihan industri.
Alhamdulillah syukur Ya Allah :)

Semakin hari semakin bahagia kerana kurniakan aku seorang suami yang sangat memahami dan penyayang .

Moga perkahwinan kami diberkati dan mulia di sisi Allah swt ,

17/2/14 - UPSI aku datang !!!

hehe final year sem yg ke 8,
wahhh wah wahhh
moga siaplah final year project aku kan (FYP)
Amin :)

up gambo kahwin sat hehe,

After nikah, 9.55 malam selamat menjadi pasangan suami isteri dengan selafaz. Alhamdulillah :)

Mak Abah saya, pink yewww.. hehe

Bersanding 3/11/13, di Lahat Ipoh, pelamin paling besar.  hehe 

Thanks to iwan ! kawan sekolah saya. Dia yg fotoshoot kami. Berpeluh2 kat hutan ni hehe.
Cantik ! up utk ko ye Iwan ! hehe


regards,
Salbiah Sabri :)

Sekolah ~

Assalamualaikum

Kepada warga pelajar

Sayangilah guru anda

Susah menjadi seorang pendidik dan pengajar yang berjaya

InshaaAllah masa aku mungkin akan tiba tk lama lagi

Susah nak cari sekolah untuk guru praktikal, 
alhamdulillah walaupun SMKJJ reject aku,
 Aku dpt sek baru, SMKSP, 
Ada hikmah disebalik kejadian

#Dugaan itu ujian
Terima dengan hati yang terbuka
Pasti ada jalan penyelesaian,
Alhamdulillah :)


5 Jun

Assalamualaikum wbt !


Cheese Cake
*gumuk hehe
btw thanks !


hye~

Alhamdulillah 5Jun2013, officially 25 tahun hehe



Sorry lambt entry
Sibuk. Baru habis exam !

Yabedabeduuuu !

Syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi, selama 3 tahun belajar di UPSI , inilah penentu segala-galanya
Moga tamat dengan jayanya dengan status baru nnti 
InshaaAllah :)

#Our weeding will annouce, sabar ye kawan-kawan hehe

WeChat

Assalamualaikum !!! :)

Disebabkan saya free today
Walhal banyak keje wehhh

FYP lagi, robotik lagi, network lagi dan bla bla bla

hehe Today ! saya nk share kat kawan-kawan yee

Sesiapa yang tak de smartphone mcm saya ni
Boleh install di PC atau laptop anda !

Yee benar, betulll

Mudah dan senang dan cepat
Boleh WeChat, facebook, main game angry bird, dan macam-macam la 


Tutorial : How to install WeChat on PC/Laptop


1) click link ni 


dan tengok la . Ikut step by step ye.. 
Sesuai untk window 7,




2) Then, click di http://www.bluestacks.com/ press button download 
seperti dibawah ni


3) install WeChat kat dalam youtube ada bg link.
 ikut je link tuh yee.






Selamat Mencuba, 
Don worry, tk guna ruang yg besar pun utk laptop anda :)

#Kongsi ilmu tak salah, sama-sama belajar ~

Again kami ~

Assalamualaikum !!


Taraaaaa ... !!!! heheh ini lah kami !


Dari kiri : Zianharyati, Sarah, Nurul Hidayah (Pengantin) dan saya ! 


Disebabkan gambar farah tk de, hehe 
ini la dia Farahim ! atau glamor Farah !


Jangan muntah tgk gambar di bawah.
hehe Saje amik mood nk kawin 
btw, Meriah majlis dayah
Next time sape2 kawin , kita kumpul mcm ni ye

Love u all,






Kenangan bersama kawan-kawan time Poli

Ketika majlis Perkahwinan Nurul Hidayah dan suami di Lekir, Sitiawan ~

Semoga berbahagia sentiasa hingga hujung nyawa dan dapat baby yg comey ! hehe


Itu adalah HIKMAH


Assalamualaikum 

Berbalik kepada asal.

Kadang-kadang manusia alpa apa yang berlaku
Berlaku itu adalah amaran untuk kita bersatu

Kisah yang dulu mengajar saya akan lebih berhati-hati dan tidak terlalu percaya 


Kepada si A

Fahamilah isi hati wanita,
Bila terjadi pada anda sendiri, baru anda faham dan sedar

Kesilapan membawa kesedaran
Kesedaran membawa kepada kemaafan

Maaf untuk anda sudah lama diterima 
Lupakan, hidup dengan ilmu yang baru



#Pesanan : Berbuat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat :)

April 2013

Assalamualaikum !! :)

Blog og blog !
Meh nak bersihkan sikit hehe sudah berhabuk
Sekian lama, 

Alhamdulillah kesihatan masih baik  dengan izinNya saya mampu membebel untuk hari ni hehe

About our engagement ~
Hampir 10 bulan pertunangan saya dengan MT,
InshaaAllah akan dtg, our weeding.
Doa-doakan untuk kami. 


with my mak ! 

Semoga kesihatan mak baik-baik aje. 
Bib (panggilan di rumah) hehe doakan mak sihat !
Kami anak-anak masih ada, dan sayangkan mak dan abah !



#Kasih mak dan abah pasti ! 
Sayangilah mereka selagi hayat dikandung badan
Selagi mampu, 
Manusia dicpta untuk disayangi dan dikasihi